Wednesday, May 13, 2009

SALAH ANGGAP TENTANG IKHTILAT


Oleh : Mohd Afiq Mohd Saleh
Saya berjanji kepada sidang mahu mem publish kan tajuk berkenaan IKHTILAT dalam tempoh seminggu, namun janji saya tersasar lagi terlajak jauh. Baru sekarang dibukakan ruang kesempatan untuk melampirkan dan mengotakan janji tersebut, maka terimalah:

..........

Saya sungguh seronok bila membicarakan soal ikhtilat ini dengan pelbagai pandangan dan perspektif yang luas serta terbuka, agar semua orang mampu memahaminya dengan banyak sudut dan konsep, justeru boleh membawa kefahaman itu kepada orang lain. Dengan syarat kefahaman yang benar-benar difahami dan tidak mengelirukan.

Entry saya pada kali ini, hanya untuk membetulkan salah faham terhadap bahasa sahaja supaya tidak berlarutan menjadi salah tanggap terhadap kefahaman Ikhtilat, cukup sekadar itu sahaja! Bukan juga mahu menghalalkan apa yang sudah termaktub haramnya.

Saya dahulukan beberapa pinjaman maksud ayat Quran yang saya sempat korek dan tinjau sebentar tadi, mungkin bukan terjemahan tetapi cuma mafhum ayat yang saya terjemahkan dengan rona ayat saya sendiri, apa kata Tuhan Agung:

(i)
‘Laki-laki dan wanita-wanita, maka hendaklah kamu menundukkan pandangan (samada dalam urusan atau tidak) dan menjaga kemaluan kamu’ (an-Nur)

(ii)
‘untuk anak-anak, ALLAH telah menetapkan tiga waktu khas untuk mereka berurusan dengan ibu bapa mereka di rumah, dan perlu meminta izin’

(iii)
‘ALLAH melarang perniagaan semasa berlangsung solat Jumaat, tetapi bertebaranlah kamu wahai manusia dalam usaha mencari rezeki atau berurusan seusainya selepas itu (selapas solat jumaat)'

(iv)
Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu (urusan) seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu. (al-Ahzab)

Maka hadis suci Nabi saw pun seiring dan sependapat menyatakan bahawa:

(i)
Tidak boleh bersunyi seseorang dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir (berurusan) seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim.


Kenali Maknanya:

Makna Ikhtilat ini dari sudut yang berbeza tetapi sama tujuannya:

Ikhtilat membawa maksud pergaulan dan percampuran,

Lalu,

Ikhtilat (dari pandangan syara’) adalah: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.

Kerana Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah. Tetapi Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Namun, tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain, sebagai contoh:

Tidak boleh bermusafir bersendirian (wanita) tanpa mahram. Tetapi dibolehkan dengan mahram.

Tegahan berkhalwat (berdua-duan) antara wanita dan lelaki anjnabi.

Juga tidak menjadi wajib solat berjemaah kepada wanita.

Tetapi,

Dalam beberapa perkara, Ikhtilat itu dibenarkan dalam Islam, kerana Islam adalah agama yang menganjurkan manusia berinteraksi sesama manusia, dengan meletakkan syarat ia adalah untuk keperluan dan perlu ada beberapa pengecualian, contohnya:

Dibenarkan pergaulan untuk tujuan bermuamalah

Dibolehkan pergaulan semasa menuntut ilmu dan perniagaan

Pergaulan semasa melayan tetamu dan adat meminang serta banyak lagi pergaulan yang dibenarkan oleh Islam. Maka saya simpulkan sedikit kefahaman kecil di sini tentang Ikhtilat bahawa, Islam mengajar umatnya berinteraksi, bergaul dan bermuamalat dan melarang sesetengah perkara dalam berikhtilat.

Justeru itu,

Ada ikhtilat yang dibenarkan (ikhtilat yang syarie) dan,

Ada juga Ikhtilat yang dilarang (Ikhtilat ditegah atau Haram/ikhtilat tidak syarie).

Pendek kata, jika disebut dalam bahasa yang mudah-mudah dan disusun kepada bahasa yang lebih senang difahami, bahawa Ikhtilat merupakan ‘etika pergaulan’ yang amat cantik dalam ISLAM.

Apa yang menjadi kesedihan saya adalah, tafsiran itu telah disempitkan ruang pemikirannya, sehingga ada yang menganggap ikhtilat itu hanyalah salah laku pergaulan antara lelaki dan perempuan. Sedangkan Ikhtilat yang syarie itu amatlah dibenarkan oleh ISLAM.

Kerana perkahwinan itu juga ikhtilat, berniaga ikhtilat, belajar, bermesyuarat, mengubat dan lain-lain pergaulan lagi juga dirangkumkan sebagai makna ikhtilat.



Apabila Istilah telah disalah guna?

Namun, bila ada pihak yang menyatakan AKU TANPA IKHTILAT dan KEMPEN IKHTILAT SIFAR.

Ikhlasnya saya tidak langsung berniat mahu menyalahkan tetapi cuba memberi pendapat.

Saya mulanya agak merasa pelik dan ragu-ragu dengan istilah itu, lalu saya awal-awal lagi sudah mengecualikan diri sekejap. Mengambil sedikit masa memahami maksud yang besar dan keliru itu. Bukan berkecuali daripada berkempen, usaha tetap diteruskan, cuma berkecuali dengan salah guna istilah sahaja.

Bila terjadi yang demikian, saya yang juga mendalami agama amat terasa kekeliruannya. Seolah-olah istilah tadi membawa maksud dan kefahaman; Ikhtilat atau pergaulan itu TIDAK ADA langsung dan dilarang sekeras-kerasnya dalam agama ISLAM yang serba indah dan cantik ini. Peribadinya, istilah sedemikian sudah sedikit sebanyak mengelirukan saya yang membacanya. Kepada orang lain yang membacanya mungkin tidak menjadi masalah, bukan?

Bagaimana pula kalau ia dijadikan kain rentang dan dibaca pula oleh saudara-saudara non-muslim? Kalau ada di antara kita yang menerangkan dan membetulkan kepada mereka mujurlah, tetapi sekiranya tiada? Jadilah tanggapan mereka terhadap Islam adalah agama yang mengongkong dan melarang pergaulan. Saya bimbang, jika saudara-saudara non-muslim ini akan memandang serong terhadap ISLAM hanya kerana Ikhtilat yang disalah tafsirkan istilahnya.

Hanya salah menggunakan Istilah, terjadilah masalah salah tafsir, makanya masalah menjadi bertambah rumit dan sukar diatasi. Lalu saya cuba menyimpulkan beberapa perspektif dan kesalahan bahawa, apabila kita tidak berhati-hati dan salah dalam menggunakan istilah atau apa-apa wacana, maka ianya boleh menimbulkan kekeliruan serta salah anggap terhadap orang-orang yang tidak memahami seluruhnya.

Justeru itu, tugas kita sebagai pendakwah dan berilmu, perlu meraikan semua tahap kefahaman manusia yang berbeza, gunakan bahasa yang mudah difahami dan elakkan kekeliruan. Tidak bermakna apabila menggunakan bahasa yang biasa-biasa dan cikai bermakna program kita tidak grand dan tidak bertaraf lima bintang. Nama bukan persoalan utama, dan ianya teknikal serta subjektif, apa yang penting matlamat dan objektif.

Lalu saya hanya membeli badge/nametage padanya tertulis istilah yang betul sahaja. Jaga mata, kawal hati dan didik diri. Kerana itu yang betul strukturnya dan saya tertarik.


Memahami Lughotan dan Istilahan Adalah Item Penting dalam Urusan Kefahaman Sesuatu Ilmu Syara’

Sidang pembaca yang selalu mempelajari ilmu agama sudah pasti sering menemui perkataan LUGHOTAN dan ISTILAHAN dalam setiap tajuk, tidak kira di dalam buku-buku Fiqah, Akhlaq atau Aqidah. Kenapa ulama menyusun begitu? Kerana awal kepada kefahaman adalah perlu memahami bahasa dan istilah, kerana asanya sudah begitu. Ini bermakna, jika salah istilah dan bahasanya, maka berderet-deretlah ilmu itu akan disalah tafsirkan sehingga boleh membawa sesat.

Istilahlah yang akan menguraikan asas-asas ilmu sebelum mendalami ilmu-ilmu cabang yang lain, salah pada istilah maka salah juga pada cabangnya.


Sukarnya Bermain dengan Istilah

Saya sentiasa alirkan kritikan saya dengan lampiran cadangan serta buah fikiran supaya anda akan menemui jalan keluar daripada kebuntuan masalah. Adakalanya sahabat memberitahu dan menegur saya, pandangan saya ini kerap kali kontra dan agak keras. Saya tidak mampu jelaskan padanya dengan kata-kata, tetapi hanya memberikan senyuman sahaja. Namun ada juga yang bertanya:

‘Habis itu, program macam mana yang anta maksudkan kalau anta kurang setuju dengan yang ini?’

‘Bukan kurang setuju maksud ana, cuma perlu dibaiki sedikit je agar dapat merubah kefahaman. Bukan ke elok program yang bertemakan kemakrufan secara umum dengan cara mengajak semua sasaran beramal dengan kebaikkan dan meninggalkan perkara yang dilarang syara’

‘Dalam program tersebut bukan sahaja menekankan soal ikhtilat sahaja, bahkan menekankan tentang solat berjemaah, kebaikkan ukhwah dan macam-macam lagi’

‘Di situ juga ada penerangan tentang ikhtilat yang digaris-pandukan oleh ISLAM, ada juga kempen pencegahan Ikhtilat yang dilarang dan tidak syarie’

‘Kalau macam itu, nak gunakan istilah apa?’

‘KEMPEN BIAH SOLEHAH’

3 comments:

Humairah said...

Salam.

Wah, saya stuju benar ngan artikel nih, mksd ikhtilat scr bahasanya.

Walaupun sy tak belajar Bahasa Arab dgn mendalam, tp dgn basic yg ada, cukup utk buat saya hairan.

Mula2 sampai kat sini, tgk poster "kempen ikhtilat sifar". Maka saya hairan. Bila saya buat post dlm blog dan status ym berbunyi "ikhtilat itu perlu, ikhtilat hurriyyah yg perlu dijauhi", bimbang juga kiranya saya hanya memandai mengeluarkan fatwa sndiri. Alhamdulillah, tulisan ini m'beri penjelasan trhadap kefahaman dan pendapat saya. Syukran kpd penulis dan penyalin~

webmaster said...
This comment has been removed by the author.
amar said...

maaf ustaz.. (yg webmaster tu ana, clap pkai akaun)
salam..
mohon untuk rjukan artikel..
kalo bleh, kalo ustaz ad rjukan ttg ikhtilat yg perlu dan dibolehkan, hrap ustaz dpt kongsikan..
trutamnya hujah naqli @ aqli..
syukrn