Sunday, June 20, 2010

Khairi Pulas Cerita Tentang Ikhwanul Muslimin, Ini Jawapannya

Ada 2 orang Khairi kat sini.. Dua-dua KJ.. huhu


Khairi cuba menegakkan benang yang basah. Setelah beliau memfitnah Ikhwanul Muslimin adalah nama lama bagi JI, beliau menulis pula di dalam Facebook, dengan mengcopy dari sebuah kertas kerja..

Ketiga, Ikhwan al-Muslimin (IM) di Mesir dan kumpulan pecahannya yang lebih keras, yaitu Jama‘ah Islamiyyah yang telah dihuraikan sebelum ini. Pemikiran tokoh-tokoh IM mempengaruhi Sungkar dan Ba’asyir serta memberi inspirasi bagi mereka untuk mendirikan gerakan usrah di Jawa Tengah. Sungkar juga meniru pola gerakan Jama‘ah Islamiyyah Mesir yang dipimpin oleh Syaikh ‘Umar ‘Abd al-Rahman yang tertuduh bersubuhat dalam kasus pengeboman WTC (World Trade Center), New York, tahun 1993. Dikatakan bahwa pada pertengahan tahun 1990-an, Sungkar dan Ba’asyir pernah berhubung dengan Usamah Rusydi dari kumpulan Jama‘ah Islamiyyah, Mesir. (19 Jun, 10.00 pm)

Beliau meletakkan link rujukannya di bawah :

http://fikrimahmud.tripod.com/artikel/id17.html


Beberapa ulasan saya berdasarkan kenyataan mengarut Khairi ini ialah :

1. Khairi tidak menguasai Fiqh Waqie'. Jemaah Islamiah di Mesir ditubuhkan pada 1970 an. Di dalam kertas kerja tersebut menceritakan tentang JI di Indonesia. Isu JI di Mesir mula panas pada 1970-1981, kemudian ia kembali mencetus revolusi pada 1995 tetapi gagal.

a) Pada September 1981, gerakan ini telah dihidu mampu mengancam keselamatan negara. Lalu seramai 1600 orang ditangkap.

b) Pada 1 Oktober 1981, Anwar Sadat, Presiden Mesir telah dibunuh oleh gerakan ini, hasil cadangan oleh Syeikh Omar Abd Rahman (sila lihat dalam kenyataan Khairi).

c) Husni Mubarak, Presiden Mesir selepas Anwar, telah melakukan penangkapan seramai 300 orang susulan daripada kes pembunuhan tersebut. Mereka ditangkap tanpa perbicaraan. Antara yang ditangkap ialah Omar Abdul Rahman.

d) Pada Jun 1995, Husni Mubarak telah cuba dibunuh, tetapi gagal. Percubaan ini melibatkan JI Mesir, yang cuba mencetuskan revolusi setelah dihapuskan.

e) Pada 1999, Husni Mubarak telah menahan 20 000 ahli JI Mesir, dan gerakan ini dihapuskan.

Sekarang ini, isu JI Mesir tidak kedengaran, waLlahua'lam (sila rujuk link-link di bawah)

2. Sila baca petikan yang Khairi copy dengan betul-betul..

Ketiga, Ikhwan al-Muslimin (IM) di Mesir dan kumpulan pecahannya yang lebih keras, yaitu Jama‘ah Islamiyyah yang telah dihuraikan sebelum ini. Pemikiran tokoh-tokoh IM mempengaruhi Sungkar dan Ba’asyir serta memberi inspirasi bagi mereka untuk mendirikan gerakan usrah di Jawa Tengah.

Kemudian, penulis menceritakan, apakah unsur Ikhwanul Muslimin yang mempengaruhi Sungkar dan Ba'asyir..

Terinspirasi oleh gerakan Ikhwan al-Muslimin (IM), bahwa Negara Islam tidak mungkin akan berdiri tanpa terlebih dahulu digerakkan usaha Islamisasi terhadap individu-individunya (Islamisasi mulai dari bawah); maka langkah-langkah yang ditempuh untuk mencapai tujuan tersebut adalah sebagai berikut: Pertama, mendakwah individu-individu muslim, ini dilakukan secara umum di masjid-masjid. Kedua, individu-individu yang sudah menerima dakwah tadi dikelompokkan ke dalam kumpulan kecil yang dipanggil usrah (daripada bahasa Arab, bermakna: keluarga). Dalam usrah-lah anggota baru mendapat pendidikan. Kegiatan usrah ini biasanya dilakukan dari rumah ke rumah secara bergilir-gilir, ini dilakukan secara tertutup. Ketiga, daripada kumpulan-kumpulan usrah tadi dibentuklah kelompok yang lebih besar lagi, Jama‘ah Islamiyyah. Dan akhirnya, himpunan daripada Jama‘ah ini akan membentuk sebuah Negara Islam.

Inilah pengaruh Ikhwanul Muslimin tersebut. Sungkar dan Ba'asyir melihat method dakwah Ikhwanul Muslimin, tetapi bukanlah meniru keganasan..

3. Dan, cuba lihat apakah punca JI terkeluar daripada Ikhwanul Muslimin. Tidak dinyatakan di dalam kertas kerja tersebut punca JI terkeluar. Di dalam Kitab Mausu'ah Muyassarah (rujukan), tidak menyatakan bahawa kemunculannya berasal daripada Ikhwanul Muslimin.

Cuma, apa yang dikatakan ialah, ia bermula dengan kumpulan daripada gerakan-gerakan di universiti.

نشأت الجماعة الإسلامية في الجامعات المصرية في أوائل السبعينات على شكل جمعيات دينية إبان فترة ركود الحركة الإسلامية، لتقوم ببعض الأنشطة الثقافية والاجتماعية البسيطة في محيط الطلاب. ومع ذلك فإنها كانت قليلة العدد ضعيفة المجهود في هذا الوقت الذي كانت تسيطر فيه الاتجاهات الماركسية والقومية الناصرية على الحياة الجامعية وخصوصاً في جامعات القاهرة ـ عين شمس ـ الإسكندرية ـ أسيوط.

• نمت هذه الجماعة الدينية داخل الكليات الجامعية، واتسعت قاعدتها، وتطور مفهومها ونظرتها للعمل الإسلامي، فاجتمع نفر من القائمين على هذا النشاط واتخذوا اسم: "الجماعة الإسلامية" ووضعوا لها بناءً تنظيميًّا يبدأ من داخل كل كلية من حيث وجود مجلس للشورى على رأسه أمير وينتهي بمجلس شورى الجامعات وعلى رأسه الأمير العام "أمير أمراء الجماعة الإسلامية".

• في أعقاب حرب رمضان 1393هـ أكتوبر 1973م اتخذ العمل الإسلامي داخل الجامعات المصرية بُعداً أوسع واستطاعت الجماعة الإسلامية قيادة الحركة الطلابية، والفوز بثقة الأغلبية الصامتة من جماهير الطلاب في انتخابات الاتحادات الطلابية، وذلك في كل الجامعات المصرية تقريباً.

• ومن هنا زادت وتعددت أنشطة الجماعة الإسلامية الثقافية والتربوية من اللقاءات والندوات والمعسكرات بل وزاد الاهتمام بحلول المشاكل الاجتماعية للطلاب وتعدى الأمر أسوار الجامعات فزاد الاهتمام بمشاكل المجتمع اليومية.


Kemudian, pada 1977, gerakan ini terpecah, dan ada yang bergabung dengan Ikhwanul Muslimin. Setakat ini sahaja. WaLlahua'lam.

4. Di akhir kertas kerja tersebut, di dalam tajuk "Penilaian Terhadap Jemaah Islamiah" (sebelum kesimpulan), perenggan ke 5, pengarang menyebut :

Kedua, ideologi yang dipegangi oleh kelompok JI, sama ada dari Salfisme, atau Ikhwan al-Muslimin, dan lain-lainnya seperti telah dijelaskan sebelum ini, tidak dapat dikatakan sebagai penyebab utama yang membuat anggota JI bertindak ganas.[66] Muhammad Rasyid Rida dan bahkan pendiri Ikhwanul Muslimin (IM) sendiri, Hasan al-Banna serta pengikut awalnya juga dikatakan mengikuti fahaman salaf (salafisme);[67] Tetapi, mereka bukanlah pengganas dan tidak menganjurkan tindakan keganasan.[68]

Saya rasa, Khairi tak baca habis kertas kerja tersebut...

4. Sebelum ini, Khairi mengatakan bahawa Ikhwanul Muslimin adalah nama lama bagi Jemaah Islamiah di Mesir.. Haha.. Takda pun kenyataan yang mengesahkan perkara tersebut. Apa yang ada ialah "JI adalah pecahan kepada IM", itupun perlu dilihat dengan perspektif jernih.

Sehingga hari ini, Ikhwanul Muslimin masih wujud, dan bertanding di pilihan-pilihanraya di Mesir. Di Parlimen Mesir pun ada wakil Ikhwanul Muslimin. Di manakah "nama baru" JI yang dikatakan itu? Lawak.. lawak..

Rujukan

1. Mausu'ah Muyassarah Fil Adyan Wal Mazahib Wal Ahzab Mu'asarah



Sekadar inilah ulasan ringkas daripada tohmahan Khairi terhadap Ikhwanul Muslimin yang wujud pada zaman sekarang (bukan 1970an dulu). Sebelum ini, beliau juga telah mengatakan bahawa tindakan pengebom berani mati Islam (istisyhadiah) sebagai tindakan tidak betul. Jadi saya telah menjawabnya pada link di bawah. Ok.. Senyum sikit :)


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

No comments: