Tuesday, January 20, 2009

::. HAMAS ISYTIHAR KEMENANGAN .::

"Ismail Haniyyah isytihar menang apabila Olmert isytihar genjatan sejata sebelah pihak"

Ismail Haniyyah Perdana Menteri Palestin yang di pecat oleh pakatan kotor Abu Mazin (Presiden Palestin) telah mengisytiharkan kemenangan bersejarah buat para pejuang setelah
Perdana Menteri Israel mengumumkan genjatan senjata sebelah pihak.

Beliau yang juga pemimpin utama Hamas menyatakan bahawa gencatan senjata semalam yang turut diisytiharkan oleh pergerakan itu sebagai keputusan bijak dan bertanggungjawab.Olmerty yang mengisytiharkan genjatan senjata sebelah pihak didakwa sebagai kalah dan penakut apabila ia hanya mengiytiharkan plan genjatan senjata yang tidak adil.

Operasi ketenteraan Israel dilancarkan sejak Sabtu lalu di Semenanjung Gaza hampir tamat ketika pergerakan Hamas mengisytiharkan kemenangan semalam selepas berkata rejim Zionis itu dipaksa mengundurkan tenteranya kembali ke sempadan.

"Musuh sudah ditewaskan," kata jurucakap Hamas.

Dalam pada itu Ketua Umum IkhwanMuslimin Jordan, Dr. Hammam Said mengatakan,kekuatannya Zionis Israel telah dihancurkan oleh semangat dan perjuangan para pejuang di Gaza.Dalam keyataannya Said mengatakan, “Ummat Palestin yang berjuang membela kehormatan ummat, kehormatan nilai kemerdekaan manusiawi di dunia dan nilai-nilai kemanusiaan itu telah menang. Mereka telah meruntuhkan mimpi manis Zionis Israel yang disebut-sebut sebagai kekuatan yang tiada tanding, yang senantiasa menjadi mimpi buruk yang menakutkan.

Juru bicara Al-Qossam, Abu Ubaidah dalam sidang akhbar pada 9 Januari lalu menyebutkan,
sepanjang perang selama 22 hari itu, para mujahid telah menembak mati 49 tentera Zionis dan
mencederakan ratusan yang lain. Jumlah tersebut tidak termasuk korban akibat tembakan roket dan tembakan penembak tepat. Secara kolektif tentera Zionis yang tewas di medan pertempuran, tidak kurang dari 80 orang.

Abu Ubaidah juga menyatakan bahawa para pejuang yang syahid hanya seramai 48 orang sahaja.Pergerakan tersebut juga berikrar untuk meneruskan peperangan sekiranya rejim Zionis enggan mengundurkan tenteranya dari Gaza.

Hizbut Tahrir Malaysia tidak seiring suara ramai menyokong kemenangan HAMAS.

Walaubagaimana pun ada pihak yang tidak sepenuhnya gembira dan menggelarkan kemenangan
tersebut ibarat "Menang sorak kampung tergadai".

Tidak dinafikan kematian dan kemusnahan yang dahsyat terpaksa dihadapi oleh ummat ISlam
Gaza. Namun mereka telah berjuang semampu mungkin oleh tidak timbul soal menang atau kalah.

Hakikat yang perlu kita terima ialah HAMAS telah berjuang bersama rakyat, rela mati dan menjiwai derita rakyat dan terbukti mereka telah berjuang sehabis daya demi mempertahankan
Islam dan bumi Palestin.

Bukan Jumlah kematian yang kita hitung, bukanlah kemusnahan yang kita kira, tetapi kita
tetap menang walupun kita mati diakandung, bukankah kemenangan itu samaada kita menang atau syahid menemui Allah?.

HAMAS telah terbukti menunaikan perintah Allah berjuang dengan sepenuh persediaan jiwa dan senjata yang termampu bagi mereka. Maka layaklah kemenangan buat mereka. Oleh Jangan tanya apa orang lain buat, soal diri anda sendiri.

Sekian

Akhukum
Pejuang Kecil

5.56 malam, 23 Muharram 1430
St. Thresa, Shoubra , Kaherah Mesir

Sumber : http://najhie.blogspot.com/

No comments: